Monday, 27 January 2014

RESEPI #5 - DAGING LADA HITAM AROI

Assalamualaikum wbt

Ada sesiapa yang pernah cuba dan suka makan lidah lembu? Dulu masa saya bersekolah, saya rasa ianya lawak bila budak lelaki selalu bercakap berkenaan Sup Lidah. Mungkin juga maksud tersiratnya yang tak senonoh. Tapi bila selepas berkahwin n hubby tanya saya soalan tu, tergelak besar saya dibuatnya.

Sebenarnya, masakan dari lidah lembu ni sedap. Teksturnya yang lembut, tidak berurat n bertulang tu yang membuatkan senang dimakan. Berbanding daging yang selalu terlekat kat celah gigi.

Apa pun, kali ni saya kongsikan resepi bukan lidah ye. ;)

Resepi #5 - Daging Lada Hitam

Bahan-bahan:-
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lada hitam - ditumbuk halus
Daun bawang
Sos tiram
Kicap
#pes3rasa AROI
Tepung jagung

Cara-cara:-
Perapkan daging dengan sedikit tepung jagung dan kicap selama lebih kurang setengah jam. Kemudian daging digoreng dengan minyak yang sedikit. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia. Sudah layu, masukkan daging. Kemudian masukkan pula #pes3rasa AROI, sos tiram n kicap. Gaul rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk tadi. Gaul lagi dan angkat. Hiaskan dengan daun bawang (kat rumah saya xde, so saya x letak). Siap!




- Farah Kamal -
Pes 3 Rasa Aroi
MUDAH, CEPAT, SEDAP

No comments:

Post a Comment