Friday, 24 January 2014

RESEPI #3 - SARDIN 3 RASA

Assalamualaikum wbt

Siapa yang suka makan sardin? Kami sekeluarga (my parents and siblings) memang sangat suka. Sekali dah kahwin, suami pun suka. Senang. Selera sama. Biasanya bila aktiviti berkhemah selalu dibekalkan dengan sardin. Begitu juga ketika bencana banjir. Sardin antara barangan yang diberikan sebagai bekalan kepada mangsa banjir. Kenapa? Adakah kerana ia boleh terus dimakan dari tin? Kalau nak kata lauk budget pun dah tak layak sebab harga sardin sekarang ni mahal (kalau brand yang terkenal). Betulkan?

Biasanya mak saya masak sardin dengan dua cara. Satu, masak sambal tumis sardin dan kedua, sardin masak kicap. Yang pasti, mesti masak dulu. Saya pernah dengar sardin ni lauk orang malas. Tapi saya tak bersetuju. Sebab kena masak juga, bukan main tuang dari tin je. Iye tak? Tak juga sebenarnya. Boleh juga dimakan tanpa masak.

Masa saya belajar di UiTM Melaka dulu, rakan sebilik saya orang Johor. Ayah dia bekerja dengan kilang mengeluarkan sardin. Jadi, kalau dia balik kampung tu biasanya banyaklah stok sardin yang akan dia bawa balik ke hostel. Mula-mula tu saya tak tau lah juga nak makan macam mana kan. Iyelah, duduk kat hostel mana ada dapur masak. Nak makan mentah macam tak lalu je. Tapai nasib baiklah roomie saya yang lagi seorang memang dah biasa dok hostel dari sekolah lagi. Dia ajarlah saya cara untuk makan sardin tanpa masak. Perahkan air limau nipis. Hilanglah hanyir bau sardin tu.

Lepas tu mulalah kreatif. Makan dengan nasi, buat sandwich atau cicah begitu sahaja dengan roti. Bolehlah kan. Dok hostel mana boleh nak demand sangat. Makan je lah apa yamg ada. Time baru dapat loan tu mewah lah kejap. Makan sedap2. Bila dah hujung-hujung semester tu, makan je lah apa sahaja bekalan yang ada. Hihihi. Tetiba teringat lak kat room mates. Rindu korang!

Resepi #3 : Sardin 3 Rasa

Bahan-bahan:-
Bawang besar
Bawang putih
Cili Padi
Tomato buah
Sardin dalam tin
#pes3rasa AROI

Cara-cara:-
Tumis bawang besar dan bawang putih yang dimayang, cili padi dan tomato. Masukkan #pes3rasa AROI. Tuangkankan sardin dan tambahkan sedikit air. Perisakan ikut rasa sendiri - nak tambah masin/manis/masam. Siap! ;)




-Farah Kamal-
Pes 3 Rasa Aroi
MUDAH, CEPAT, SEDAP

No comments:

Post a Comment