Ikan bakar. Sedap. Terutamanya kalau dicicah dengan air asam power atau sambal kicap best. Mesti terangkat. Tak perlu lauk lain. Makan ikan bakar dengan nasi pun dah cukup. Macam orang dalam pantang bersalin. Kan sedap lauk macam tu? Cuba tanya... ;-)
Nak buat ikan bakar pun ada macam-macam cara. Ada yang bakar terus atas api, ada yang balut dengan daun pisang dan dibakar atas kuali. Ada yang pakai foil letak dalam oven. Dan yang lagi glamour sekarang ni, Pemanggang Ajaib. Hihihi. Saya rasa ramai yang dok pakat beli. Tapi tak tahulah sama ada menggunakan atau tidak. Tapi bagi kami, mamang useful. Time berniaga western dulu, pemanggang ajaib lah yang kami gunakan untuk menu lamb chop dan chicken chop.
Selain dari dibalut, dibakar atas api, dalam oven atau kuali, ikan bakar juga boleh dibakar begitu sahaja atau diletak sambal lada semasa membakar tu. Kalau di Kuala Lumpur, favourite spot kami untuk ikan bakar ialah di Jalan Kuching. Ikan Bakar Banjir Puteri. Pilihan ikan yang banyak jenis dan caranya dibakar dengan sambal lada tu serta dibalut daun pisang. Perfecto! Jadi, oleh kerana sekarang ni dah duduk jauh, terpaksalah kami pandai-pandai sendiri kalau teringin nak makan ikan bakar. Pastu tambah lak lagi petai buat memandai2. Sedap jugak rupanya. ;-p
Resepi #4 - Ikan Bakar Petai 3 Rasa
Bahan-bahan:-
Bawang besar
Serai
Petai
Daun limau purut dan semestinya
#pes3rasa AROI.
Cara-cara:-
Lumurkan ikan dengan #pes3rasa AROI. Sumbatkan ikan dengan bahan tadi serta taburkan di atas ikan. Bakar. Kami pakai foil, so a bit watery mcm steam. But still sedap. ;)
Kalau nak rasa pedas, potong cili padi dan letakkan sekali dengan bahan2 lain tadi. Siap! :)
-Farah Kamal-
Pes 3 Rasa Aroi
MUDAH, CEPAT, SEDAP

No comments:
Post a Comment