Assalam. Hari ni saya akan kongsikan resepi sambal tempe. Memang simple juga. Tapi bersesuain lah dengan tagline kami, "MUDAH, CEPAT, SEDAP". Tak kena gaya, makan nasi dengan sambal tempe ni pun boleh berpinggan-pinggan nasinya. Sebelum tu saya nak bercerita tentang tempe di tempat saya. Dulu memang susah nak jumpa tempe di tempat saya ni. Kalau ada jual kat pasar tu pun, satu gerai je. Itu pun sebab dia orang Jawa. Kalau kat kedai makan lauk tengahari, memang tak ada jual lauk tempe.
Pertama kali saya rasa tempe ni 23 tahun tahun yang lalu. Amboi...boleh ingat tu... Bukan apa, masa tu majlis sambut menantu ibu saudara saya di Teluk Intan, Perak. Suaminya berketurunan Jawa. Antara lauk yang dihidangkan ialah sambal tempe dan kentang. Mak aii...memang sedaplah. Sebab tak semestinya makan dengan nasi, ratah begitu sahaja pun dah sedap. Dengan kentangnya dihiris nipis dan digoreng rangup. Balik tu terus saya minta mak saya buatkan sambal tempe macam tu.
Sejak dari itu, memang tempe ni salah satu makanan kegemaran saya. Kalau pergi makan kat kedai, pantang nampak lauk tempe, mesti saya ambil. Sampaikan bila dah kahwin, suami pun faham sangat dengan selera saya tu. Mengalahkan tekak orang Jawa pulak. Hihihi.Tambahan pula sekarang ni memang senang nak beli tempe ni. kalau dulu tempe dibungkus dengan daun, sekarang ni cuma plastik yang digunakan. Lagi ringkas. Tetapi hilanglah bau aroma dari daun tu.
Resepi #2 - Sambal Tempe Kentang 3 Rasa
Bahan-bahan:-
Tempe
Kentang
Ikan Bilis
Kacang Tanah
#pes3rasa AROI
Cara-caranya:-
Goreng garing kentang yang dihiris nipis, tempe, kacang dan ikan bilis. Ketepikan. Panaskan #pes3rasa AROI. Tutup api dan curahkan bahan2 yang sudah digoreng garing tadi. Gaul rata. Siap!
Makan dengan nasi panas sodap nih...
-Farah Kamal-
Pes 3 Rasa Aroi
MUDAH, CEPAT, SEDAP

No comments:
Post a Comment