Assalamualaikum wbt
Nasi beriyani + kari kambing + Jelatah 3 rasa. Itu menu kami hari ni. Tapi beras basmathi takde, guna je lah beras biasa. Kerana nak 3 pot tu takkan nak beli beras lain lak. Lagi pun untuk sendiri. Asal boleh je lah. Jangan membazir. ;)
Kisah kambing ni, dulu saya tak makan kambing. Takut. Darah tinggi. Tapi bila dah kahwin, suami suka sangat makan kambing. Setiap minggu mesti pekena. Kalau tak kari mamak, lamb chop pun jadi.
Actually saya start cuba makan kambing sebelum kahwin. Masa gi dating pakwe (sekarang suami) bawa dating makan western. Kellllasss gitu. Kan macam dalam drama melayu, kalau dating mewah sket mesti bawa pergi restoran makan western. LoL.
Tapi bak kata orang, tak cuba tak tahu, tak kenal maka tak cinta. So, bila dah cuba lamb chop sekali, terus suka. :)
Oklah, hari ni bukanlah saya nak share resepi nasi beriyani atau kari kambing tu (sebab suami yang masak). Saya cuma sediakan jelatah tu je. Dan semestinya saya menggunakan #pes3rasa AROI. ;)
Resepi #9 - Jelatah 3 Rasa Aroi
Bahan-bahan:-
Bawang besar
Timun
Carrot
Cuka
Gula perang
#pes3rasa AROI
Cara-cara:-
Hiriskan bawang serta dipotong jejari timun dan carrot. Letakkan di dalam mangkuk. Letakkan 1-2 sudu #pes3rasa AROI (ikut jumlah sayur), sedikit cuka dan gula perang (ikut selera dan citarasa anda). Siap!
- Farah Kamal -
Pes 3 Rasa Aroi
MUDAH, CEPAT, SEDAP
